SEJARAH!! 10 FAKTA Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeboman Hiroshima & Nagasaki
SEJARAH!! 10 FAKTA Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeboman Hiroshima & Nagasaki | Peristiwa pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai,
terutama kalangan mereka yg turut terkesan dan terpalit dalam
kerakusan manusia mengejar kuasa.
Malah peristiwa itu membawa
pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah
besar-besaran utuk tujuan peperangan.
Peristiwa pengeboman Hiroshima
Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yg kita
pernah pelajari ketika zaman sekolah.
Pengeboman dua bandar itu
menggunakan bom atom merupakan serangan yg dikenakan terhadap Empayar
Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman
ketika Perang Dunia II.
Menurut beberapa laporan, senjata
nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945,
dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
Sempena ulang tahun ke-70
memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki,
berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai
serangan bom tersebut.
1. Memetik laporan Damn Interesting,
Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman
kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.
2. Menurut laporan Open Demoracy,
untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis
surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan
untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.
3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat
(AS) B-29 'Enola Gay' menjatuhkan bom atom bergelar 'Little Boy' di
Hiroshima dan ‘Fat Man’ di Nagasaki.
4. Menurut sebuah buku berjudul
'Hiroshima 1946', selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun,
seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk
mengajar orang ramai teknik ‘Duck and Cover’. Hasilnya, kebanyakan
mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.
5. Pengeboman itu menjadikan bandar
Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan
besi dan merosakkan segalanya.
6. Menurut Wikipedia, pengeboman
Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat
kesan serta-merta peletupan itu. Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000
hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.
7. Oleander merupakan bunga rasmi
kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas
letupan bom atom pada tahun 1945.
8. Selepas pengeboman atom
Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan mereka tercedera), membuat
perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada
kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa
tersebut.
9. Pada tahun 1945, pengendali radar
Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil AS (salah satu membawa
bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi
mengambil keputusan untuk tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil
itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.
10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.
Ulasan
Catat Ulasan