ALLAHUAKHBAR!! MISTERI TEKNOLOGI ZAMAN NABI NUH YANG SENGAJA DISEMBUNYIKAN OLEH THE HIDDEN HAND TAK PERNAH DIKETAHUI ANDA SEBELUM INI.. SEBARKAN
#Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah
dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina
berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yg lepas.
Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini
yg diwarisi mereka.# ###
#Hakikat ini lama-kelamaan disedari
oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama utuk dapat dipercayai oleh
masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum
yg membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan
gambaran tentang hal ini. #
#Arkiteknya dlm menentukan lokasi
piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit & koordinasi
buruj-buruj dimana pada masa yg sama dia juga adalah ahli astronomi
dan ahli nujum Istana.#
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
#Kedudukan ketiga-tiga piramid
termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj
Orion di langit, & mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri
paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang
mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?#
#Sesungguhnya Piramid Mesir adalah
penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang
Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat
dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi
manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.#
#Maha Suci Allah yang menciptakan
segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid
terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di
zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa
yang kita dapati hari ini.#
#Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan
kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh.
Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta
mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang
seperti UFO yang bersimpang siur di udara.#
Setiap rumah terdapat sistem
komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi
adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.
Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan
manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis
tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa
‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga
pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang
teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?
Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak
jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.
Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh a.s. terdiri daripada orang miskin
yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh a.s. juga telah membina kapalnya
dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam
beberapa minggu sahaja).
Misteri ini benar-benar memeningkan
pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera
Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan
dengan kemampuan Nabi Nuh a.s. ketika itu jika kita membayangkan
kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa
kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh a.s.
membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan
mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita
lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau
tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa
a.s. mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.
Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan
manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa a.s.?
Berapakah jangkamasa Adam a.s.
manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s..
Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum
memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga
Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah
kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif.
Maka jika berfikir seperti ini, kita
tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria
serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.
Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang
ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu
berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis
tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT
setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi
yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan
dan berbuat maksiat secara terang-terangan.
Tidak hairan jika terdapat parti
bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di
festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan
seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan
sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh
dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria.
Mungkin anda berasa lucu dengan
senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh
hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.
TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil
Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga
elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.
Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga
kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau
sebagainya) di China.
Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah
penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika!
Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat
manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan
kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada
sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati
dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat
manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para
pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang
setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.
Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan
mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-Quran:
Tidakkah mereka memerhati dan
memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum
mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di
muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan
kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan
Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami
binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan
sesudah mereka, umat yang lain? [Al-An’am: 6]
Di waktu-waktu malam mereka mungkin
berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua
dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu
ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi
Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga
mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi
Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar
diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala
gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur
bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi
dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar
di puncak Gunung Ararat di Turki.
Ulasan
Catat Ulasan