PENGANJUR : Program Dr Zakir Naik Tetap Diteruskan! "Selena Gomez akan datang ke Malaysia 25 Julai. Moga menyambung tarbiyyah Ramadhan. "Diharapkan" tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu." baca selanjutnya
PENGANJUR : Program Dr Zakir Naik Tetap Diteruskan!
"Alhamdulillah", Selena Gomez akan datang ke Malaysia 25 Julai. Moga menyambung tarbiyyah Ramadhan. "Diharapkan" tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu.Yang pasti, antara Zakir Naik dan Selena Gomez tidak membawa agenda yang sama. Kalau Zakir Naik pemecah belah, tuntas, Selena Gomez membawa misi "penyatuan ummah".
"Seakan air mata ini ingin mengalir sambil berharap" agar Selena Gomez dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah pada tahun Hijrah depan
KUALA LUMPUR: Penganjur siri syarahan umum Dr Zakir Naik menegaskan, dua
program besar yang akan diadakan hujung minggu ini tetap diteruskan,
meskipun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Pengarah program, Abu Shariz Sarajun Hoda berkata, pihaknya turut
mempelawa mereka yang keliru dengan maklumat membabitkan pendakwah
antarabangsa itu supaya menghadiri syarahan umum di Stadium Hoki
Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi laluan istimewa kepada mana-mana
pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghadiri dan
mendengar sendiri siri ceramah bertajuk “Is The Quran God’s Word?”
“Kami bersedia memperuntukkan sebahagian besar tiket masuk dan kerusi
hadapan, supaya pihak terbabit dapat mendengar dan bertanya sendiri
kepada Dr Zakir Naik.
“Datanglah dan dengar sendiri, sama ada ceramah Dr Zakir Naik yang juga
Tokoh Maal Hijrah 2013 menyampaikan sesuatu yang salah sehingga
menimbulkan ketidakselesaan antara agama dan kaum,” katanya dalam satu
sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pihak tertentu kononnya
ceramah Dr Zakir mengandungi unsur fitnah, menghina dan memburukkan
pihak lain.
Mengulas proses kelulusan permit program itu, jelasnya, ia berjalan lancar tanpa sebarang penolakan.
Mengenai arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya
penganjur program di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17
April ini dibatalkan, Abu Shariz berkata, pihaknya belum menerima
sebarang surat rasmi berhubung pembatalan tersebut.
“Setakat ini, kami belum menerima sebarang surat rasmi berhubung arahan
pembatalan tersebut dan sehingga kini, program tersebut (di Melaka)
masih diteruskan dan tidak akan dibatalkan.
“Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara dan kita akan
tunggu maklum balas daripada pihak polis,” katanya yang berharap tajuk
sama, iaitu ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ dapat dikekalkan
untuk program di Melaka.
Tambahnya, program itu akan dianjurkan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.
Terdahulu, Naib Canselor UTEM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib mengumumkan
universiti itu menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi program
‘Similarities Between Hinduism and Islam’ yang dijadual disampaikan
pendakwah dari India, Dr Zakir, Ahad ini.
Keputusan itu dibuat bagi mematuhi arahan Ketua Polis Negara, demi
menjaga ketenteraman awam dan sensitiviti agama di negara ini.
Ulasan
Catat Ulasan