“Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka,”. -Syed A. Kadir
“Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka,”. Comel tak jawapan beliau? -Syed A. Kadir |
KATA_KATA ORANG TERKAYA MALAYSIA “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka,”. -Syed A. Kadir | Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, bilionair Melayu ‘low profile’ yang memiliki 4 buah jet eksekutif, lebih 40 buah helikopter.
Beliau asalnya seorang pegawai perisikan tentera yang telah berkhidmat
selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga
memperolehi pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari bidang
ketenteraan, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.
Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke
London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.
Pada masa itu, beliau tidak memiliki AP. Namun dia berkongsi AP dengan
rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.
Lama kelamaan, beliau berjaya memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan kereta terpakainya semakin menjadi sambutan.
Kemudian, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP
terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise
AP, Syed Azaman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai
pengedar dan barulah permit itu akan dianugerahkan kepadanya.
Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan
daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta
tersebut di Malaysia, antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat
hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.
Dalam satu temubual dengan The Star tidak lama dulu, beliau berkata,
selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak
dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli
helikopter saja untuk ke sana sini. Pada tahun 2003, beliau membeli
sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta untuk kegunaan hariannya.
Apabila helikopter itu tidak digunakan, beliau menyewakannya kepada
mereka yang berminat dan pada ketika itulah beliau sedar yang permintaan
untuk helikopter ini amat tinggi di Malaysia.
Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk
menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak
dan gas ke pelantar. Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services
Sdn Bhd (WAS) memiliki lebih 40 buah helikopter, 4 buah jet persendirian
dan memiliki kontrak bernilai RM8 bilion bagi membawa pekerja pelantar
minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia
pada ketika ini. Itu belum lagi dicampur dengan perniagaan peluru
berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan
banyak lagi.
Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan
menyatakan jumlahnya. Beliau hanya sekadar menjawab, “Saya tak boleh
beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka,”. Comel tak jawapan
beliau? -Syed A. Kadir| PIXEL MEDIA
Ulasan
Catat Ulasan