"Nak ambil duit rakyat senang jer" . Simpanan RM30K Di Tabung Haji Licin 'Diambil' PTPTN?

"Nak ambil duit rakyat senang jer" . Simpanan RM30K Di Tabung Haji Licin 'Diambil' PTPTN? | apa-apa pun baca dulu sampai habis
PUTRAJAYA
- Seorang mahasiswi mendakwa, duit simpanannya di Tabung Haji sebanyak
RM30,000 telah diambil oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) tanpa sebarang notis.
Screenshot mesej di antara mangsa dan bapanya yang dimuat naik oleh Shamsuri Ibnuhussin itu mula tersebar di media sosial petang tadi mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
"Abah,
kakak nak beritahu abah, duit Tabung Haji kakak dah hilang RM30,000.
Bila diselidik dengan Tabung Haji, PTPTN ambil. Tak apa, mungkin ada
hikmah dan rezeki lain yang Allah nak bagi. Abah dan mak titipkan doa
buat kakak, abang dan Husna di sini ya.
"Kakak
belum kerja lagi, sambung belajar master syariah. PTPTN bertindak
kasar. Bila call PTPTN, mereka kata kakak dah bayar RM30,000. Itu pun
sebab kakak kemas kini buku Tabung Haji. Kalau tak, tak tahu sebab surat
tak sampai," katanya.

Walau bagaimanapun, netizen mempersoalkan apakah dakwaan itu benar atau fitnah semata-mata bagi memburukkan imej PTPTN?
"Boleh
ke ambil wang simpanan orang tanpa persetujuan seperti itu? Jika benar,
Tabung Haji sudah melanggar privasi dan boleh disaman," kata Muhaimee Mohamad.
"Sejak
bila ada sistem yang membenarkan PTPTN untuk akses akaun Tabung Haji
kita? Rasanya kalau PTPTN nak ambil sekali pun, mereka akan rujuk pada
kita terlebih dahulu untuk pengesahan," kataSuhaili Bhuiyan.
Sumber: PIXEL MEDIA
Ulasan
Catat Ulasan