Luahan Seorang Suami - "Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang..Macam-macam"
Luahan Seorang Suami - "Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang..Macam-macam" | Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yg menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.
Berikut adalah tulisan suami berkenaan.
Assalamualaikum, nak
tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia
hanya suri rumah dan saya yg bekerja.
Saya letih2 bawa
moto, mengantuk & hampir2 kemalangan tapi dia pula, bila saya
balik dia yg cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu
ini, gambar makanan la & macam-macam.
Saya rasa pening
memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin
lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah & anak-anak je yang
semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam
bulan.
Bengang pun ada bila
malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok
saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan 'touching' bagai,
"adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?"
Kadang-kadang saya rasa
malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau
bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri,
"Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?"
Saya sudah tak tahu nak
kata apa, dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan
kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda
lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat..
geli pun ada.
Kerana luahan suami
berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana
menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya
memikirkan dirinya.
Tampil seorang netizen
bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang
cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang
suami yang mempunyai tiga orang anak.
Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati suami berkenaan.
Salam tuan tanah..saya
sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan
duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.
Biar isteri tuan berehat
bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat
rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi
membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3
orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk
isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak
kencing menangis makan mandi.
Hampir petang tuan
angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3
anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar
lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.
Akhir sekali malam tuan
mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh
jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin..
Ok lepas 3 hari tuan
komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada
keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu
kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan
pada isteri dan ank-anak.
Bukan buat isteri macam
orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri
tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan
mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan
meringankn kerja rumah.
Lebihkan pembelanjaan
untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan
tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila
malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera
raja.
Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.
Jaga anak umur macam tu
mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya
dulu bekerja, sekarang suri rumah. Tapi penat jadi suri rumah lebih
lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah
semula. Kemas 5-6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak anak menangis minta
dukung. Masak la sambil dukung.
Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak, time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena buat.
Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak, time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena buat.
Lagi 1, dia merungut tu
bukan ape, sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak2 tak de kawan
nak dengar cerita dia. Ape salahnya dengat cerita dia..luahan hati dia.
Kalau suruh dia pendam.. Lama2 boleh stress tau tak. Lagi 1, nak tanya
la...malam2 anak nk menyusu siapa yg bangun? Suami ke isteri? Anak kecik
ni kadang2 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang2
bergilir bangun. Agak2 bila masa isteri nak cover tido? Waktu siang?
Ingat boleh cover ke dgn anak kecik lagi. Sorg tido sorang lagi
jaga...kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya.
Fikir la encik...jangan
pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family
planning la. Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak..tolong jaga anak
tak tau. Isteri penat mengandung 9 bulan.. Jaga anak lagi. Budak ni,
selagi tak umir 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam
nak menyusu. Kalau anak rapat mcm tu...saya rasa sangat simpati.
Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat
encik...penat
Apapun, hargailah isteri
kita, terima kekurangan dan kelebihan, jika kekurangan itu boleh
dibuah, didiklah dia kerana kita ketua keluaga yang
dipertanggungjawabkan menjaga amanah. -
Ulasan
Catat Ulasan