PANAS!! GPMS Pulau Pinang Kutuk Tindakan Ramasamy Mengelar Dr Zakir Naik 'Syaitan'


PEPANAS!! GPMS Pulau Pinang Kutuk Tindakan Ramasamy Mengelar Dr Zakir Naik 'Syaitan'  | GEORGETOWN, 11 Apr - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr. P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.

-->>Menurut pengerusi Biro Agamanya, Azdy Mohd Arshad, sebagai seorang timbalan ketua menteri & ahli akademik, Ramasamy sepatutnya mengambil pendekatan yg lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan di Facebook.

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Beliau berkata, Ramasamy sepatutnya tahu tindakan menyekat atau menghalang agama lain melaksanakan ajaran mereka adalah salah di sisi undang-undang.

Menurutnya jga, Ramasamy perlu lebih rasional dan bertanggungjawab dengan menyelidik dahulu latar belakang Zakir sebelum membuat tuduhan demikian.

"Kami mencadangkan Ramasamy dapat melapangkan masa dan berlapang dada mendengar sendiri ceramah yang bakal disampaikan anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik pada 15 April ini di Kompleks Masyarakat Pulau Pinang.

"Semoga dengan kehadiran beliau mampu mengubah persepsi negatif dan dakwaan bersifat emosional terhadap Dr Zakir Naik dan Islam," katanya. - Siakapkeli.my



Firdaus Wong Wai Hung
Dapat khabar MIC akan protest kehadiran DZN harini dan menghalang beliau untuk berceramah di KL & Melaka. Jikalau MIC berbuat demikian, saya berharap akan ada parti politik yang majoriti Muslim yang lebih berani ke hadapan mempertahankan DZN untuk berceramah.

Lebih memburukkan keadaan seorang Timbalan Ketua Menteri boleh memanggil DZN sebagai "Satan" sebelum mengeditnya 3 jam kemudian. Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti DZN dihina sebegini?

Prof. Dr. Ramasamy, adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai "Satan" dan kemudian edit status anda? Baling batu sembunyi tangan... Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?
Firdaus Wong Wai Hung's photo.
Firdaus Wong Wai Hung's photo.

2.8K


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pernah Terjadi Tak Bintik-bintik Berair dan Gatal?? Bahaya jika abaikan

Laman Web Yang Trusted