YA ALLAH!! MASHAALLAH!!! KISAH BENAR MAYAT ISTERI KETAGIH ZI-NA DIHURUNG RIBUAN LINTAH.. SUNGGUH MENAKUTKAN..
MASHAALLAH KISAH BENAR MAYAT ISTERI KETAGIH ZINA DIHURUNG RIBUAN LINTAH
MASHAALLAH!!! KISAH BENAR MAYAT ISTERI KETAGIH ZI-NA DIHURUNG RIBUAN LINTAH.. SUNGGUH MENAKUTKAN.. | *Kisah ini menceritakan tentang seorang isteri yang suka melakukan zina
di belakang suaminya. Di pengakhiran hidupnya, dia telah jatuh sakit dan
kemudiannya Allah SWT telah mendatangkan hukuman ke atas perbuatannya.
Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan kepada semua orang. Sesungguhnya
pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi hanya akan tertutup apabila nyawa
tidak lagi dikandung badan...
*Apabila timbulnya cerita pelik, sudah pasti kita agak sukar untuk
mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk
berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan bahagian seseorang itu. Tetapi
ingat, kita perlu sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan perkara yang dilarangNya. Kisah ini sebenarnya adalah
artikel yang diambil dari sebuah majalah Mastika. Jom ikuti kisah
tentang mayat seorang isteri yang suka melakukan zina...
*adar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih
menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di
kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!
Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan
balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi
penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin
tetapi masih melakukan seks bebas...
*Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit
Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan,
Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati
masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita
ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat
manfaat dan pengajaran darinya...
*Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah
tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih
jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung
litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah
mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan
menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu
hanya seorang petani di kampung...
*Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan
seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga
beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup
tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja. Jelas
En.Idris...
*Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui
pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya,
beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak
bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin
pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke
sana ke mari...
*Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar
masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam
bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah
pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari
wang dan membela nasib keluarganya...
*Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras
seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar
sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan
gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang
mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada
beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai
juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah...
*Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa
disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak
Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap
beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand
termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
*Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh
seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras
seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain
yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa
dirampas. Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula
membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib
sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas
hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya
Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan
dengan meniduri dirinya.
*Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku
setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di
sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga
membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya
Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand.
Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang
ramai tidak hairan dengan *kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi
dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat
setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian
semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala
isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat
tidak tahu sahaja.
*Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi
manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya
satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya
berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak
mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
*Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam
dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa
minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul
maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali
kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis
nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya
terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan
Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam
keadaaan yang sebegitu.
*Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan
jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali
tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan
ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak
mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan
liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi.
Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga
masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat
Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lajiokihadnya.
*Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat
sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan
daripada anak perempuannya kata anaknya itu, Allah, abah sewaktu
mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak,
bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur Husin agak
terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil
penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah
Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
*Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang
mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah
didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit
tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa
kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya
menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
*Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk
ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya.
Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku.
Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di
bawah mayat Jamilah. Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya
mendapatkan kad pengenalannya itu.
*Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian
yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf
bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah
hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi
diakhirat kelak.
*Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia
tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang
besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan
berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
*Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang,
apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina.
Nauzubillahhanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
*Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya
supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau
keluarga kita, minta disisihkan Allah.
Sumber: kainkembang
Ulasan
Catat Ulasan