Korang percaya tak benarkah ini punca restoran mamak lebih popular di malaysia.

2.png

Masyarakat mamak / disebut mapley di Malaysia adalah keturunan India-Muslim yang berwarganegara Malaysia. Berabad dahulu, masyarakat India Muslim ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu & pelbagai lokasi di Asia Tenggara...

--Kehadiran masyarakat India Muslim g dianggap sebahagian daripada masyarakat India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita....

--Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yg disajikan...

1) Beroperasi 24 jam

--Carilah diceruk manapun, pasti gerai & restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam.
Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan.
Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ketagih dengan makanan mamak.

--Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan & kemudiannya menawarkan minuman.

--Ia kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.

--Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.

--Industri restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini.

--Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.

2) Trend budaya masyarakat baru
2014-11-18%2B21_48_05-WTF%2B_%2B3%2BFakt

--Kewujudan restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar, tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.

--Kini, impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang membolehkan mereka online secara percuma walaupun hanya sekadar minum segelas teh tarik.

--Suasana di restoran ini hidup sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.

3) Selera pengguna
2014-11-18%2B21_48_22-WTF%2B_%2B3%2BFakt

--Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar.

--Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

--Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang melibatkan masyarakat berbilang bangsa.

--Pensyarah Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24 jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.
Ia menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang mengalami evolusinya yang tersendiri.

sumber asal
Sumber: rimbabara2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pernah Terjadi Tak Bintik-bintik Berair dan Gatal?? Bahaya jika abaikan

Laman Web Yang Trusted