JANGAN KENCAM SAYA - INI ISU SERIUS K!! RAMAI WANITA BIMBANG FARAJ LONGGAR SELEPAS BERSALIN.. Baca Selanjutnya
JANGAN KENCAM SAYA - INI ISU SERIUS K!! RAMAI WANITA BIMBANG FARAJ LONGGAR SELEPAS BERSALIN.. Baca Selanjutnya | Masalah faraj longgar sering dialami wanita selepas melahirkan anak.
Bagaimanapun, perkara itu kurang diberi perhatian disebabkan malu atau
kurang pemahaman mengenainya....
****************************************************************************
**********************888888888888888888888888888888888888*****************
Kira-kira 48 peratus menyatakan kebimbangan terhadap masalah faraj
longgar manakala 20 peratus pula membincangkan hal itu dengan doktor
mereka....
Pengasas dan Pengarah Pakar Perubatan Pusat Perubatan Dr Alice, Dr Alice
Prethima berkata, ketika proses kelahiran, tisu introital (pembukaan)
faraj boleh menjadi terlalu regang dan menyebabkan rasa longgar...
“Akibat kerosakan tisu ini, wanita akan hilang sensasi fizikal dan
mengalami ketidakpuasan seks. Ia boleh memberi kesan negatif terhadap
kesihatan seksual dan kualiti hidup mereka...
“Antara yang berisiko adalah wanita melahirkan ramai anak, wanita hamil,
wanita lanjut usia,wanita yang mempunyai sejarah kecederaan lampau,
kelahiran berulang dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada majlis
pelancaran Viveve iaitu rawatan memperbaiki kelonggaran faraj pertama di
Malaysia, baru-baru ini.
Viveve adalah rawatan tanpa bedah berasaskan tenaga yang memulihkan tisu
serta mengetatkan faraj tanpa menggunakan anestesia. Rawatan ini hanya
dilakukan kira-kira 30 minit.
Rawatan Viveve sesuai untuk wanita berusia, aktif seks terutama yang
melahirkan anak melalui faraj. Ia menggunakan tenaga frekuensi radio
(RF) yang dipatenkan untuk merangsang proses pembinaan semula kolagen
semula jadi badan....
Tip semula jadi mengetatkan faraj
Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk wanita terutama yang
berkahwin dan melahirkan anak. Ramai tak tahu senaman Kegel berfungsi
membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing,
mengurangkan kes peranakan turun, meningkatkan aliran darah ke uterus
atau vagina, meningkatkan kualiti hubungan kelamin dan menguatkan otot
vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada
perinium....
Cara melakukan senaman kegel:
• Ketika membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.
• Tahan dan kira sehingga 10 saat sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.
• Otot pada pangkal rahim cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
• Untuk pastikan kaedah ini betul, anda boleh masukkan jari yang bersih
ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini mengunakan faraj anda...
Cengkaman itu lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja. Otot
punggung, otot abdomen dan otot paha seelok-eloknya tidak dikemutkan
pada waktu ini...
Ulasan
Catat Ulasan