GEMPAR!! TUN MAHATHIR NEKAD BANTU PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MENENTANG BARISAN NASIONAL PRU-14 NANTI? BETUL KE?? APA PILIHAN ANDA?? JANGAN KELIRU..
GEMPAR!! TUN MAHATHIR NEKAD BANTU PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MENENTANG BARISAN NASIONAL PRU-14 NANTI? BETUL KE?? APA PILIHAN ANDA?? JANGAN KELIRU.. | Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu
pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP
dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti....
-Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti
baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin
Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir....
-
“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak
semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu
pakatan besar untuk lawan BN pada PRU-14....
-“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti
pembangkang, NGO dan individu,” kata Tun Dr Mahathir selepas mengadakan
mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini....
-Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding
pada PRU-14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang
menentang BN...
-“Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU-14 dan cukup sekadar memainkan peranan penting nanti,” katanya.
-Antara pemimpin pembangkang yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit
Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PKR,
Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz
Omar....
-Kelmarin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan mendedahkan sebuah parti baharu mungkin ditubuhkan
dengan diterajui Tun Dr Mahathir yang akan bekerjasama dengan Pakatan
Harapan untuk menjatuhkan BN.....
-Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said
Keruak berkata matlamat sesebuah parti baharu seharusnya bukan hanya
sekadar untuk memenangi pilihan raya.....
-Memetik kenyataan Datuk Seri Salleh Said yang dimuat naik menerusi
blognya, beliau ingin melihat apakah hala tuju parti baharu itu termasuk
gabungan...
"Apa yang lebih penting adalah apa yang mereka mahu capai dan bagaimana
mereka berharap untuk mencapainya. Terlalu panjang senarai parti dan
pakatan politik yang pernah ditubuhkan dan berkubur.
"Ia lebih daripada menubuhkan parti dan pakatan untuk menang pilihan
raya. Kita patut lihat apakah yang mampu ditawarkan parti serta pakatan
baharu ini kepada Malaysia.
"Kadang-kala pengundi memilih untuk mencuba dan menguji berbanding
memilih sesuatu yang mereka tidak ketahui atau tidak pernah alami,"
katanya lagi.
Ulasan
Catat Ulasan