Menakutkan Pasti Korang Tak Dapat Nak Tidur Baca Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda
Menakutkan Pasti Korang Tak Dapat Nak Tidur Baca Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda
*************************************************************
#~Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.
*****************************************************************
petang
menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo
selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran
perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia
begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah
pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita
tetap membantu.
**********************************************************************************************************
aku,ramzul
dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan
30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa
la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain
saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan
lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar
berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu
disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa
bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai
nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard
depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon
pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover
kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah.
tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke
kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah
la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku
join cover ni” kata ramzul.
***************************************************************************************************************
Aku
hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal
ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma
tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi
empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu
jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat
tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang
dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga
korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional
pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka
tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada
didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita
mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang
didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
****************************************************************************************************************
Perjalanan
kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap
singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan
pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa
yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada
negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera
marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada
keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
****************************************************************************************************************
Apabila
kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau
apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di
tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah
dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan
melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya
bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa
risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.
***********************************************************************************************************
“ini
pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga
kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas
dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para
petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah
tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran
itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau
mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut
atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan
ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia
katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.
**************************************************************************************************************
aku
terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa
dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian
tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang
kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala
angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
****************************************************************************************************************
ramzul
dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan
keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya
melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di
lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ” weiii.. korang
nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul
pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali
kabus yang semakin tebal dan hitam. ” mana taka ada apa2 pon” pintas
ramzul. ” ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ” apa yang
kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal pon
mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ”
takk..aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ” biar betul
kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.
*****************************************************************************************************************
Aku
sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat
sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin
tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut
yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan
diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ” ramzulll.. minorrr”
jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau
pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut
dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu
nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama
kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah
dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan
atlantik ini utk mendarat di bahamas .
*************************************************************************************************************
Hati
aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang
ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka
semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar
setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami
rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo
kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia
beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal
tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia
pon didalam kapal tersebut.
**************************************************************************************************************
Tiba-tiba
siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi
yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ” apa yang terjadi
kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor
binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour
tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku
melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring
dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang
mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun
tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti
terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.
***********************************************************************************************************
Aku
turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka..
alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar.
angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri
mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para
pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi
kapal aku melihat kedepan ” ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu
yang datang menghampiri ” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat
di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih
berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan
kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih
berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan
keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan
ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”.
dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh
kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan
muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut
nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
************************************************************************************************************************
kilat
terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru
kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu
muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami
lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri
tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk
rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan
mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan.
aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN..
tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
************************************************************************************************************************
Ya
Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang
besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas
seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air
laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang
terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku
memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu
dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja ..
kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan
nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata
hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil
lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini..
tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara
yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema
Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana
datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim
baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa
yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga
ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon
melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan
termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula
cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus
menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat
hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh
membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI
LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR
KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari
bertapa tidak bermayanya aku.
*********************************************************************************************************************
Keadaan
pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa
yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal
kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan
mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak
teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir
tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut
penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang
lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja.
lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama
yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal
santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.
perjalanan
pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal
berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal
bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin
itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan
musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang
berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar
dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk
islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air
selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak
ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
Ulasan
Catat Ulasan