BERHATI-HATI, PASTIKAN 10 Tanda Difteria. Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera! JANGAN BERLENGAH-LENGAH
BERHATI-HATI, PASTIKAN 10 Tanda Difteria. Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera! JANGAN BERLENGAH-LENGAH | Tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yg ibu2 wajib tahu tentang Difteria.
Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema & batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa2 simptom.
Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!....
3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.
Kanak2 adalah golongan yg paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yg dihantar ke pengasuh atau taska.
Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda2 ini:
- Demam
- Sakit tekak
- Sukar menelan makanan
- Batuk
- Air liur meleleh
- Kulit pucat dan kebiruan
- Hidung berdarah
- Selsema
- Sesak nafas
- Ruam kulit
Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkiti...
Mohon sebarkan kepada kawan-kawan...
Like & Share!
Ulasan
Catat Ulasan