Haaa!! Korang Jangan Terkejut Berukk!! NI bahan-bahan Yang Digunakan Dalam Hidangan Nasi KAK WOK yang Korang Makan, Siyeesss Eeeeeee
Haaa!! Korang Jangan Terkejut Berukk!! NI bahan-bahan Yang Digunakan Dalam Hidangan Nasi KAK WOK yang Korang Makan, Siyeesss Eeeeeee | Kalau dengar nasi makan pagi-pagi di Kelantan Nasi Kak Wok ini memang sudah popular dari dulu lagi. Tapi sekarang menu ini semakin dikenali sampai ke Lembah Klang. Bagi yg tidak tahu macam mana rupa nasi kak Wok ini, hidangannya sama macam nasi berlauk. Nasi putih dimakan bersama gulai ayam & juga ayam goreng kunyit yg dipotong kecil serta sambal. Lauknya memang ringkas tapi bila makan mesti akan menjilat jari. Simple tapi sedap,harga murah pulak tu.
Resipi asli nasi Kak Wok ini adalah dari Mek Wok Hassan atau Kak Wok yg berniaga makanan ini sejak 35 tahun dahulu di Kampung Lundang Kota Bahru. Tapi selepas ketiadaannya empat tahun lalu perniagaannya diteruskan oleh ahli keluarga malah diluaskan pula ke luar Kelantan. Siapa nak merasa keenakan nasi berlauk Kak Wok ini boleh berkunjung Sec 24, dan TTDI Jaya, Shah Alam. Jangan pelik pula, walau makan dikedai nasi yang harganya cuma RM5 ini tetap kan dibungkus. Lagi best makan dengan air bandung hijau.
Ini restoran Kak Wok yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam.
Kalau nak tahu dek kerna kepopularannya ramai juga yang cuba membuat sendiri hidangan ini tapi rasanya tak sama dengan Nasi Kak Wok original. Kalau teringin nak cuba VK sertakan resipinya yang dikongsi dari Facebook Resepi Rahsia Masakan Asli Kelantan.
Bahan2 Gulai Ayam:
1 ekor ayam -dipotong kecil
25 gm atau 2 sudu besar rempah kari ayam (cap Orang Terbang @ apa-apa jenama)
300 ml santan
1400 ml air
5 biji lada kering -dikisar
Air Asam jawa/ asam keping secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan Tumis (A):
1 tangkai daun kari -dilurut (ikut cita rasa)
5 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
3 sekawan rempah bunga lawang kulit kayu manis buah pelaga
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga garing dan naik bau.
2. Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan rempah kari. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan ayam berserta dengan air secukupnya. Kacau dan masak hingga sebati.
4. Masak hingga mendidih dan diperlahankan api, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, biarkan seketika hingga menggelegak dan masuk kan ubi kentang, masak hingga pulih.
5. Perasakan dengan gula dan garam, kacau sebati dan biarkan selama lima hingga 10 minit dengan api perlahan.
6. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan ayam kunyit:
Ayam dipotong kecil
4 batang kacang panjang -dipotong 2 inci (jika suka)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
2 senduk minyak masak
Cara memasak:
1. Gaul-gaulkan dgan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama lima minit.
2. Panaskan minyak dan goreng di atas api yang besar.
3. Kacau dengan kerap supaya tak mudah keras dan hangus.
4. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar & kacang panjang.
5. Hidangkan ayam goreng bersama nasi putih, gulai ayam & juga sambal.
Dah tahu resipinya bolehlah cuba buat di rumah pula. Tapi VK akan tetap pergi ke kedai sebab lebih feel.
CUbalah sendiri ya...
Sumber /Facebook.
Ulasan
Catat Ulasan