Kenapa Covid 19 Masih Melanda di Malaysia dan Kenapa Rantaian Semakin Banyak dan Jangkitan Semakin meningkat Tetapi

Kenapa Covid 19 Masih Melanda di Malaysia dan Kenapa Rantaian Semakin Banyak dan Jangkitan Semakin meningkat Tetapi | Tetapi belum darurat atau PKP seperti berlaku di awal tahun, kenapa? Kes seperti ini aku tak pandai nak jawab hanya orang berwajib atau yang menguruskan penglibatan mereka dalam menanggani rantaian jangkitan covid 19 sahaja yang tahu sebab dan kenapa tidak diteruskan PKP seperti awal tahun kerana awal tahun angka jangkitan hanya ratusan tetapi kali ini ribuan. Semua itu hanya mereka sahaja boleh jawab.


 

Bagi pendapat aku punca penularan semakin meningkat adalah disebabkan ada proses undi di negeri SABAH. Dan rantaian ini terus merebak ke semenanjung Malaysia. Selain itu, sikap individu yang pentingkan diri dan tidak hormat kepasa SOP yang telah kerajaan Malaysia war war kan. 

Sikap angkuh dan tidak peduli apa jadi disekelinling membuatkan jangkitan ini semakin meningkat. Ada beberapa kisah yang aku alami dan dengar. Bila sekumpulan organisasi dan di dapati staf bawahan ada terjangkit covid 19, pegawai atasan mengkhuaritin diri selama 14 tetapi staf bawahan disuruh berkerja seperti biasa, ada juga yang tidak mengetahui di ofis mereka ada staf yang dijangkiti, alasan pegawai hanya untuk menuntut malu dan aib. bagi aku salah, bukan staf itu ada jangkitan kelamin atau mati pucuk nak sembunyikan. Sepatutnya hal ini diberi penerangan dan SOP, jika diberitahu kita sama-sama boleh mengetatkan lagi sop dan jaga diri masing-masing serta keluarga, ini tidak hanya orang tertentu sahaja. Lagi satu aku nak tekankan jika kita bagitahu sekurangnya kita sama-sama berdoa agar cepat sembuh. Ramai yang akan doa mana tahu antara doa-doa ini termakbul. Kita umat islam ingat harus bersatu tangani perkara ini.

Cukup sudah bebelan aku di pagi hari. Jangan kecam geng.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pernah Terjadi Tak Bintik-bintik Berair dan Gatal?? Bahaya jika abaikan

Laman Web Yang Trusted