9 warga Australia direman kerana Hina Jalur Gemilang di litar Sepang

 



9 warga Australia direman  kerana  Hina Jalur Gemilang di litar Sepang | Tindakan sekumpulan lelaki yang memakai seluar dalam Jalur Gemilang di Litar Antarabangsa Sepang semalam membangkitkan kemarahan netizen kerana berasa terhina. PUTRAJAYA: Polis menahan sembilan lelaki warga Australia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang semalam selepas didakwa menghina negara dengan memakai seluar dalam Jalur Gemilang. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata mereka yang ditahan kira-kira jam 5 petang, berusia antara 25 hingga 29 tahun. "Semua mereka direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan. "Mereka juga turut disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sejak petang semalam, gambar sekumpulan lelaki warga asing dikatakan penonton di SIC yang memakai seluar dalam Jalur Gemilang menjadi 'viral' di media sosial Facebook. Tindakan lelaki terbabit mendatangkan kemarahan pengguna laman sosial serta menyifatkan mereka menghina serta tidak menghormati negara ini.



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198447

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pernah Terjadi Tak Bintik-bintik Berair dan Gatal?? Bahaya jika abaikan

Laman Web Yang Trusted