PETUA : Cara Halau Semut Dari Rumah Tanpa Jadi Pembunuh, Kesian Semut..


                           
    Jangan bunuh aku tau..aku pun nak hidup | PETUA : Cara Halau Semut Dari Rumah Tanpa Jadi Pembunuh, Kesian Semut..

**Tips menghalau semut dari dapur

1. Taburkan serbuk kunyit

-Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.

2. Daun sirih

-Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3. Kulit telur

-Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.

4. Kulit timun

-Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.

5. Air serai wangi

-Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.

6. Minyak masak

-Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tak nak ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Biasanya saya menyapu minyak masak di kaki meja makan supaya semut tak boleh panjat meja.

**Tips menghalau semut yang suka menghurung bekas gula atau makanan.

1. Asam gelugur

-Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.

2. Cili kering

-Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.

3. Bawang merah

-Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.

4. Bercakap dengan semut

-Kalau semut jenis tak makan saman juga, cubalah bercakap dengan mereka sebab mereka kan rakyat Nabi Sulaiman, pujuk baik-baik semut tu supaya tinggalkan rumah kita. Buat masa sendirian ya, nanti ada orang ingat ibu halusinasi pula bercakap dengan semut.

“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Kalau tak suka semut berada dalam rumah, sebaiknya jangan dibunuh dengan racun serangga atau ubat semut yang boleh membunuh banyak umat semut. Semut-semut itulah yang tolong berzikir dalam rumah kita, sebaliknya halau sahaja ke luar. Ada juga saya pernah terbaca, jika nak bunuh semut, bunuhlah yang mengacau kita iaitu yang menggigit kita sahaja, janganlah dibunuh semua umat semut. Maaf kalau tersalah....

***Jika ibu-ibu ada tips lain untuk menghalau semut atau mempunyai pengalaman menggunakan tips di atas untuk menghalau semut, boleh berkongsi di ruangan komen. Semoga tips di atas boleh membantu rumah ibu-ibu bebas daripada gangguan semut.

Ulasan

  1. Perkongsian menarik..


    Visit https://saripkay.com

    BalasPadam
  2. dah tengok tip halau semut, tapi ada lagi ke tip untuk menanganiya dgn lebih efektif

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pernah Terjadi Tak Bintik-bintik Berair dan Gatal?? Bahaya jika abaikan

Laman Web Yang Trusted